Tag Archive : viral

/ viral

A Japanese man gained many social media followers – by changing how he looks using photo editing apps.

The man named Zonggu said he used apps such as FaceApp to make himself appear like a younger beautiful woman because he believed no one wanted to see an old uncle, the Daily Mail reported.

His ruse, however, was realised by eagle-eyed social media users who noticed Zonggu’s very masculine-looking bare arm in one of his posted photos.

That led to a television station to embark on a hunt that culminated in Zonggu revealing his true self.

The 50-year-old man with long hair, goes by the Twitter handle @azusagakuyuki and has gained a following of almost 18,000 with life updates and pictures dressed in a motorcycle jacket or posing with Yamaha bikes.

Zonggu said he turned to the face-changing app because he wanted to gain popularity on social media, as well as increase the engagement of his posts.

He told the TV station that he enjoyed the feeling of becoming an online celebrity.

Many social media users praised Zonggu for “turning” himself in as well as the work he put into turning himself into a cute girl.

Women, meanwhile, joked that Zonggu looks prettier than them while others described the whole situation as catfish on the ‘next level’.

-malaymail

A video of a girl proposing to a boy at the University of Lahore has gone viral on social media. The video shows a girl going down on her knees to propose to a boy, who is supposedly her university fellow.

However, much to the horror of the students, both of them have been expelled by the University of Lahore administration. As being reported the university administration has also issued a notification to the student to expel them for proposing a boy in the presence of other classmates.

A section of netizens is also questioning the moral values of the Islamic Republic of Pakistan. But there are also some who have come out in support of the students.

-dnanews

Melecur dibakar rakan

March 12, 2021 | News, Viral | No Comments

Seorang lelaki berusia 23 tahun melecur tahap dua selepas dibakar rakannya yang menuduhnya mencuri telefon bimbit di sebuah rumah di Kampung Lendu, di sini, kelmarin.

Mangsa melecur di bahagian tangan, leher dan belakang badan selepas disimbah petrol dan dinyalakan api oleh suspek di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu dalam kejadian jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian mangsa diarahkan seorang lelaki berusia 20-an datang ke rumah untuk menuntut hutang.

Beliau berkata, ketika itu, suspek yang berusia 29 tahun berada di rumah berkenaan dan mereka kemudiannya menghisap syabu.

Ketika berbual dalam keadaan dipengaruhi dadah, suspek menuduh mangsa mencuri telefon bimbit kekasihnya dan mendesak memulangkannya.

“Suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam bilik dan tiba-tiba menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan pemetik api lalu melontarkan ke arah mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Akibatnya, baju mangsa terbakar tetapi mangsa sempat masuk ke dalam bilik air untuk memadamkan api.

Beliau berkata, mangsa melecur tahap dua di bahagian belakang badan, kedua-dua tangan dan leher.

Katanya, siasatan mendapati suspek mengambil petrol dari gergaji rantai di rumah berkenaan, untuk menyimbahnya pada tubuh mangsa.

“Suspek melarikan diri dan mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata, polis merampas gergaji rantai, satu beg sandang, satu telefon bimbit dan sebatang cota serta wang tunai RM50 di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, polis melancarkan gerakan mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan parah.

-hmetro

Seorang lelaki dan wanita ditahan kerana disyaki melanggar serta menghalang tugas anggota polis ketika melakukan pemeriksaan di kawasan parkir sebuah restoran makanan segera di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua-dua individu berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan pada jam 10.30 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bandar Baru Bangi sedang melakukan rondaan telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir itu.

“Anggota polis menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan mengetuk cermin serta menyuluh ke dalam kereta tersebut.

“Sejurus menyedari kehadiran polis, pemandu kereta itu cuba melarikan diri dengan bertindak melanggar motosikal serta anggota polis yang berada di hadapan kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Zaid berkata, anggota polis yang berada di hadapan kereta itu terpaksa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak kira-kira 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri.

“Anggota polis itu cedera ringan dan motosikal yang ditunggang mengalami kerosakan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah berusaha dan melaksanakan tindakan yang perlu untuk memberhentikan kereta tersebut, namun suspek terus melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

“Walaupun suspek berjaya melarikan diri, kita telah dapat mengecam nombor pendaftaran kereta itu. Bertindak daripada maklumat, kita berjaya melakukan tangkapan ke atas kedua-dua individu itu,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan dan Seksyen 186/307/332 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam video berdurasi 39 saat itu memaparkan sepasukan anggota polis cuba menahan pemandu kereta tersebut.

-sinarharian

Dituduh jolok anjing dengan buluh

March 11, 2021 | News, Viral | No Comments

Warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan menjolok seekor anjing betina jalanan dengan sebatang buluh hingga menyebabkan kecederaan pada haiwan itu pada Oktober lalu.

Tertuduh, Ng Ah Leak, 75, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit didakwa secara tidak munasabah menjolok seekor anjing betina dengan buluh sepanjang 2.4 meter hingga cedera pada bawah mata kiri haiwan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam longkang belakang rumah di Jalan Tanjung Indah, Taman Tanjung Indah, Raja Uda dekat sini, jam 10.30 malam pada 24 Oktober lalu.

Warga emas itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(1)(c) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Jin Hong.

Hakim kemudian menetapkan 13 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, anjing serta barang kes turut dibawa ke mahkamah ketika prosiding berlangsung hari ini.

-hmetro

SEPERTI apa yang kita sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pendaftaran untuk penerima vaksin Covid-19 telah dibuka dan ia boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera dan beberapa kaedah lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata, selaras itu, orang ramai kini boleh mengemukakan permohonan masing-masing dan segera mendapatkan suntikan dos pertama seperti apa yang telah dijadualkan.Iklan

Namun, ada juga segelintir pihak yang dilihat menolak menerimaan vaksin tersebut yang menggelarkan diri mereka golongan antivaksin.

Golongan itu pula turut dilihat aktif berkongsi pendapat mereka di laman sosial dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai pengetahuan vaksin.

Tapi awas! Golongan antivaksin yang kerap menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Iklan

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Bukan itu sahaja, kes berita palsu juga boleh disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Orang ramai kini boleh daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui MySejahtera

Barang siapa membuat, menerbit atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angina atau berita dengan niat hendak menyebabkan maklumat palsu dan tidak tepat dengan erti kata lain menghasut, korang tidak akan terkecuali untuk berdepat dengan tindakan undang-undang.

Memetik laporan portal media tempatan, salah seorang peguam yang dikenali sebagai Lim Wei Jiet juga ada mencadangkan dua strategi untuk kerajaan membendung golongan tersebut supaya menghentikan kegiatan tidak bertanggungjawab mereka.

Pertama, kerajaan perlu segera menafikan atau membetulkan berita palsu daripada golongan antivaksin dan konsisten sampaikan mesej kepada rakyat bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan tidak melanggar hukum mana-mana agama.

“Maksud saya, mesti ada strategi menyeluruh, 24 jam untuk kekang mesej antivaksin di luar sana yang memang merebak dengan cepat.

“Strategi kedua adalah kuat kuasa terus undang-undang jenayah iaitu memulakan pendakwaan kepada kumpulan antivaksin.

“Ia penting untuk sampaikan mesej kepada masyarakat bahawa naratif antivaksin ini amat berbahaya dan harus dihentikan serta-merta,” ujarnya.

Tegasnya, jika enggan berhenti, mereka perlu sedia untuk dipenjara atau didenda wang ringgit.

Jadi perlu diingat, jika korang tak mahu dikenakan tindakan undang-undang, didenda atau dipenjara, jangan sebar apa sahaja maklumat palsu atau kurang pasti mengenai vaksin Covid-19 dan berhenti untuk menghasut.

-sinarplus

Mayat sempurna dalam perut buaya

March 9, 2021 | Viral | No Comments

Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dibaham buaya ketika memancing bersama bapa dan adiknya di Kalimantan, Rabu lalu ditemui masih sempurna dalam perut reptilia itu.

Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Kutai Timur, Bongga Losong berkata, buaya terbabit ditemui pada Khamis selepas operasi digerakkan bersama penduduk kampung dengan bantuan pawang.

Katanya, mereka terkejut menemui mayat budak lelaki berkenaan yang masih elok apabila membelah perut buaya terbabit.

“Selepas buaya ditemui, kami belah (perut) dan mengambil anaknya (mangsa), bawa ke rumah mayat. Buaya itu kita kuburkan,” katanya yang memberitahu mangsa mungkin ditelan sekali gus selepas diseret ke dalam air.

Terdahulu, buaya itu dikesan 100 meter dari lokasi kejadian dan ditikam dengan tombak hingga lemah serta mati.

Dalam kejadian di Sungai Tempakul, Desa Muara Bengalon, Kutai Timur, mangsa dikatakan sempat berenang di sungai itu apabila seekor buaya menghampiri dan terus menerkamnya di hadapan ayah dan adiknya.

“Ayahnya cuba menyelamatkan anaknya tetapi gagal. Buaya bawa anak itu makin ke dalam (air),” kata Bongga seperti dilapor Kompas.

-hmetro

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun tidur lena dengan ‘ditemani’ seekor ular sawa yang berlingkar pada bahu sebelum kejadian itu disedari oleh ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Gangsa Durian Tunggal di sini, pada Sabtu.

Wanita berkenaan, Nurul Fatehah Amran, 24, berkata, dia kebetulan masuk ke dalam bilik itu kira-kira jam 9 malam untuk menukar pakaian anaknya yang sedang tidur sebelum melihat ular sawa sepanjang satu meter berada di bahu kanak-kanak tersebut.

Menurut suri rumah itu, ular sawa berkenaan betul-betul berlingkar di bahu anaknya yang tidur di atas katil.

“Ketika masuk ke dalam bilik, saya ternampak benda berkilat bercorak batik bergerak-gerak di bahu anak saya yang sedang nyenyak tidur.

“Walaupun takut tetapi saya terus angkat dia dan panggil suami serta abang yang berada di rumah, sebelum abang kemudian menghubungi panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambahnya, dia bersyukur kerana anaknya tidak mengalami kecederaan.

Ular sawa seberat enam kilogram berjaya ditangkap anggota Pertahanan Awam
Sementara itu Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, empat anggota dikejarkan lokasi untuk operasi menangkap ular selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 malam.

“Setiba di tempat kejadian, kita dapati ular sawa masih berada di bawah bantal dan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit menangkap binatang seberat enam kilogram itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan perumahan,” katanya.

-sinarharian

Pelajar yang tular dengan memakai baju bertulisan kata-kata kesat kepada guru dengan menunggang motosikal tanpa topi keledar disaman polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua pelajar berkenaan dan mengeluarkan saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, antara saman yang dikeluarkan adalah tidak mempunyai lesen memandu, kesalahan nombor pendaftaran dan motosikal tidak dilindungi insurans.

“Kita sudah keluarkan saman kepada pemilik kenderaan yang dinaiki dua pelajar berkenaan pada pagi tadi selepas berjaya mengesan mereka.

“Saya nasihatkan patuhi undang-undang dan hormati guru,” katanya ketika ditemui dalam operasi sekatan jalan raya di Kampung Badak, di sini, hari ini.

Terdahulu, dua pelajar itu dan pemilik motosikal terbabit turut dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Dua pelajar itu tular selepas dilihat memakai pakaian seragam sekolah dengan menconteng kata-kata kesat terhadap guru.

Ketika kejadian itu, mereka dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menjalani peperiksaan.

-HMETRO

Akibat marah dihon oleh pemandu wanita, seorang lelaki bertindak mengacukan ‘pistol’ ke arah mangsa dalam kejadian di Damansara Damai, di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 32 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan kejadian daripada wanita berusia 36 tahun yang juga pemandu e-hailing.

“Dalam kejadian 3.15 petang kelmarin, mangsa yang memandu Perodua Aruz dalam perjalanan mengambil penumpang di Damansara Damai dan membunyikan hon kepada kereta Proton Wira yang bergerak secara teragak-agak di hadapannya.

“Akibatnya, pemandu kereta itu menunjukkan objek menyerupai pistol melalui tingkap kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan risikan sepasukan polis menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit kejadian itu.

Katanya, pemeriksaan menemui sepucuk pistol mainan berwarna hitam bertulis ‘Made in China’ berserta kelopak peluru di pinggang suspek.

“Hasil soal siasat suspek mengaku menunjukkan pistol itu disebabkan marah kepada mangsa yang membunyikan hon terhadapnya.

“Semakan lanjut mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya.

Katanya, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-hmetro

//dopansearor.com/4/2458908