Tag Archive : Warga mesir

/ Warga mesir

Warga Mesir edar dadah ditahan

November 19, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki warga Mesir dan merampas dadah jenis methamphetamine, cecair kimia serta alat memproses dadah di sebuah hotel di Kota Damansara, Petaling Jaya, Isnin lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, suspek berusia 42 tahun itu menyewa hotel berkenaan selama dua bulan.

“Suspek membayar sewa RM700 sebulan, siasatan awal mendapati suspek bergiat aktif dalam pengedaran dadah jenis methamphetamine di sekitar Lembah Klang.

“Polis turut merampas wang tunai RM710 dan dadah methamphetamine seberat 150 gram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adnan berkata, pemeriksaan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah methamphetamine.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

hmetro

//benoopto.com/4/2458908