Tag Archive : zon kuning

/ zon kuning

Tujuh daerah di Selangor kini zon kuning

October 2, 2020 | News | No Comments

SHAH ALAM – Tujuh daerah di Selangor bertukar kepada zon kuning susulan merekodkan 10 kes baharu jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) hari ini.

Antara daerah terlibat adalah Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor, Gombak dan Sepang.

Menerusi kemaskini di laman Facebook Selangor Task Force Covid-19 (STFC), negeri ini turut merekodkan sejumlah 53 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti dan 39 kes melibatkan individu mendapat jangkitan di negeri lain.

“Kadar kebolehjangkitan (RO) Covid-19 di Selangor juga lebih tinggi berbanding Sabah setakat ini.

“Hal itu sangat memerlukan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) pada tahap tertinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor,” katanya.

Pada 15 September lalu, kesemua daerah di Selangor berstatus zon hijau selepas 41 hari mengharungi kes aktif di bawah angka lima.

Bagaimanapun, jumlah itu merekodkan pertambahan susulan pertambahan kes melibatkan individu yang pulang dari Sabah.

-sinarharian

Covid-19: Daerah Klang kembali ke zon kuning

September 2, 2020 | News | No Comments

SHAH ALAM – Setelah hampir dua bulan ditakrif sebagai zon hijau, daerah Klang kembali menjadi zon kuning kes aktif wabak koronavirus (Covid-19) apabila satu kes direkod di mukim Klang.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi infografik dikongsikan di Facebooknya memaklumkan, empat kes baharu dilaporkan di negeri ini semalam.

Menurutnya, kesemua kes baharu dilaporkan diklasifikasikan sebagai kes import.

“Dua daripada kes baharu melibatkan individu bukan warganegara yang berasal dari Singapura.

“Tiada perubahan warna zon (di Selangor). Bilangan kes aktif di bawah angka lima selama 28 hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu STFC turut mengingatkan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, terdapat negara yang telah melandaikan gelombang pertama Covid-19 kini mengalami gelombang kedua yang lebih teruk.

“Ambil sebagai pengajaran, patuhi SOP dan normal baharu. Guna aplikasi SELangkah untuk mendaftar pengunjung di premis,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu sehingga semalam jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,171.

Seramai 2,115 pesakit dilapor telah sembuh manakala 32 pesakit masih mendapatkan rawatan.

Sebanyak 24 kes kematian dilaporkan di Selangor akibat dijangkiti Covid-19 sehingga semalam.

-sinarharian

Kuala Selangor kembali ke zon kuning

May 19, 2020 | News | No Comments

KUALA Selangor kembali memasuki zon kuning apabila empat mukim di daerahnya merekodkan kes aktif Covid-19, semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web menteri besar, amirudinshari.com, sehingga 12 tengah hari semalam, daerah itu merekodkan tujuh kes aktif baharu sekali gus menjadikan kembali ke zon kuning.

Empat mukim berkenaan adalah Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan.

“Hari ini (semalam) pertambahan kes baru mempengaruhi demografi kes aktif Selangor di mana daerah Kuala Selangor kembali ke zon kuning.

“Kami sudah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai pelitup muka itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga. Sekiranya terjadi jangkitan baharu, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik,” katanya.

Selain Kuala Selangor, daerah lain masih berada dalam zon kuning adalah Hulu Langat (33 kes), Gombak (14 kes), Klang (11 kes), Hulu Selangor (lapan kes) dan Sabak Bernam (tiga kes) dan satu kes di Sepang.

Petaling masih kekal di zon merah dengan pertambahan satu kes kepada 50 kes berbanding 49 pada Ahad lalu, manakala Kuala Langat pula kekal memegang status zon hijau sejak 8 Mei.

Sementara itu, sebanyak lapan kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor, semalam menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 1,644 kes.

Sebanyak 127 kes aktif, 1,450 kes sembuh serta 21 kematian direkodkan sehingga kini.

hmetro

//mauchopt.net/4/2458908